08 November 2011

Bayi, Bieber ada persamaan fizikal

PERTAHAN TUDUHAN...Mariah menunjukkan wajah Tristyn yang dilahirkannya empat bulan lalu.


LOS ANGELES: Gambar bayi yang didakwa lahir hasil hubungan seks Justin Bieber dengan peminat yang lebih dewasa daripadanya dipaparkan di media, semalam.
Dikenali sebagai Tristyn Anthony Markhouse Yeater, bayi berusia empat bulan itu dikendong ibunya, Mariah Yeater, di sebuah taman awam di Los Angeles.

Bayi terbabit dipakaikan baju putih.
Mariah, 20, mendakwa dia mengadakan hubungan seks dengan Bieber di belakang pentas selepas penyanyi remaja terbabit menamatkan satu daripada konsertnya tahun lalu.

Mariah menuntut mahkamah mengarahkan Bieber, 17, membayar �170,000 (RM848,781) untuk menyara bayi lelaki itu.

Bieber menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.
Bagaimanapun, satu sumber lain memberitahu media, Bieber diarah Mahkamah Tinggi Los Angeles untuk menjalani ujian darah 10 hari sebelum Krismas ini.

Ujian itu dijalankan bagi mengetahui status sebenar hubungan Bieber dengan Tristyn.
Sementara itu, Mariah berkata, antara bukti Tristyn adalah anak Bieber ialah bibir bayi berkenaan.

“Persamaan di antara bayi saya dengan Bieber sangat aneh.

“Lihatlah pada mulutnya,” katanya.

Menurut Mariah, dia berharap Bieber akan melihat gambar Tristyn dan sedar bahawa bayi berkenaan adalah anak kandungnya.

“Ia bakal menjadi mimpi ngeri kepada kita semua jika Bieber terus menafikannya,” katanya.

Mariah berkata, dia hanya mahukan hak anaknya dan sangat kecewa apabila tidak diendahkan penyanyi kelahiran Kanada itu.

Katanya, tiada satu pun panggilan telefon dibuatnya dijawab Bieber.

Di sebalik dakwaan itu, media di Amerika Syarikat kelmarin melaporkan, Mariah pernah membuat tuntutan sama ke atas dua lelaki lain sebelum ini.

Seorang daripadanya ialah bekas teman lelaki Mariah ketika di sekolah tinggi, John Terranova, sebelum dia mengaitkan kekasih sulitnya, yang hanya dikenali sebagai Steve.

Ditanya media, Terranova berkata, dia yakin bayi berkenaan bukan zuriatnya atau Bieber.

“Apa yang dimahukan Mariah hanya wang,” katanya. - DM -myMetro-


14 October 2011

Bayi pam tandas


DI SINI...Ina menunjukkan tangki pam air tandas tempat bayi itu disembunyikan.
CHUKAI: Gelagat pelik seorang wanita selepas keluar dari tandas yang disedari rakan sebiliknya membawa kepada penemuan seorang bayi baru lahir dan disorokkan dalam pam tandas di sebuah rumah sewa di bandar ini, jam 4 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bayi lelaki seberat dua kilogram itu ditemui masih hidup tetapi dalam keadaan kebiru-biruan dan lemah dipercayai akibat terlalu lama berada dalam tangki itu. Menurutnya, ketika ditemui bayi itu masih bertali pusat dan mengalami sedikit kecederaan pada badan.

“Polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun di wad Hospital Kemaman yang dipercayai melahirkan bayi itu dan menyorokkannya di dalam tangki air pam tandas rumah sewa itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, rakan serumah suspek mengesyaki sesuatu tidak kena pada gadis itu yang kelihatan tidak bermaya selepas keluar dari tandas di rumah sewa mereka.

Katanya, suspek pada mulanya enggan menceritakan kejadian itu tetapi selepas didesak rakan sebilik yang juga pengadu, akhirnya dia mendedahkan melahirkan bayi di dalam tandas.

“Rakan sebilik mangsa bergegas membawa bayi itu yang dalam keadaan lemah dan kesejukan ke Hospital Kemaman untuk diberikan rawatan kecemasan. “Pemeriksaan doktor mendapati bayi itu cedera di bahagian muka dan kesejukan selain kebiruan pada seluruh badan. Bagaimanapun bayi terbabit dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya. -myMetro-

12 October 2011

Masalah khidmat teks Blackberry berlarutan


LONDON: Berjuta-juta pengguna telefon bimbit BlackBerry di seluruh dunia tidak dapat menggunakan perkhidmatan komunikasi teks untuk hari ketiga berturut-turut, semalam.
Syarikat Research in Motion (RIM) berkata masalah itu berlaku kerana kegagalan pensuisan dalam rangkaian persendiriannya.

Pengguna di Eropah, Asia Barat, Afrika dan India mengalami gangguan perkhidmatan e-mel dan tidak mempunyai akses untuk membuka dan menghantar mesej.

Kejadian itu meningkatkan sentimen negatif terhadap syarikat berkenaan yang sudahpun berdepan dengan kehilangan pasaran kepada Apple dan Samsung.

RIM kelmarin berkata perkhidmatan itu sudah kembali normal tetapi kemudian mengumumkan, masalah itu sudah merebak ke Argentina, Brazil dan Chile. - Reuters -myMetro-

‘Anu’ putus terkena bilah mesin bajak


MARANG: Tindakan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU), berehat di atas sebuah jentera pembajak berakhir dengan tragedi apabila dia terjatuh di belakang jentera berkenaan yang tiba-tiba bergerak sebelum bilah mata pembajak itu mengenai seluarnya menyebabkan kemaluannya putus dalam kejadian di sebuah ladang penternakan di Serating, di sini.
Menurut sumber, dalam kejadian jam 12 tengah hari Ahad lalu, mangsa seorang lelaki berusia 36 tahun dan berasal dari Gong Badak, Kuala Terengganu, sedang menjalani latihan amali di ladang berkenaan.

Sumber berkata, mangsa yang mahu berehat bertindak menaiki sebuah traktor yang digunakan untuk membuat batas sayuran di ladang penternakan itu.

“Difahamkan mangsa terjatuh di atas bilah mata mesin bajak itu yang tiba-tiba bergerak dan alat berkenaan kemudian dikatakan memulas bahagian seluar panjang mangsa sehingga dipercayai memutuskan kemaluannya,” katanya.

Menurut sumber itu, mangsa yang kesakitan dan berlumuran darah menerima bantuan daripada rakannya yang berada berdekatan tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Sumber berkata, penyelia ladang ternakan berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang pada jam 12.30 tengah hari, Ahad lalu, dan laporan berkenaan dirujuk ke Balai Polis Merchang kerana kejadian berkenaan berlaku di kawasan itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahya yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa kemudiannya dihantar untuk rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan, bagi menyambung semula kemaluannya yang putus. -myMetro-

10 October 2011

Bedah untuk jadi Superman


CHAVEZ.CHAVEZ menunjukkan kepada wartawan gambarnya sebelum menjalani pembedahan.
MANILA: Seorang lelaki yang begitu taksub dengan Superman menjalani pembedahan dalam usaha mengubah dirinya menjadi wira komik itu.
Herbert Chavez, 35, menjalani pembedahan plastik berulang kali sepanjang 16 tahun lalu untuk membolehkannya mendapatkan dagu lekuk dan hidung Superman, menurut laporan televisyen ABS-CBN.

Dia juga menyuntik silikon untuk menebalkan bibir dan menjalani implan pada paha supaya kelihatan lebih tegap dan berotot.

Usaha AFP untuk menghubunginya gagal semalam tetapi dalam laman Facebooknya, terkandung puluhan gambar dan mesej yang menerangkan alasannya untuk menjadi superhero itu.

“Saya mengambil keputusan menjadi Superman kerana sejak kecil saya mahu menjadi sepertinya. Saya sedar dengan kelihatan seperti Superman akan menggembirakan saya dan saya berpuas hati selagi saya tidak mencederakan sesiapa,” menurut satu mesej dalam laman Facebook Chavez.

Dia juga menulis, meskipun tidak mempunyai kuasa istimewa seperti Superman, dia berharap dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai bahawa mereka boleh mencapai impian masing-masing dengan bekerja keras.


Gambar Chavez sebelum dia menjalani pembedahan menunjukkan dia berkulit gelap, jauh berbeza dengan penampilannya sekarang.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan kerjanya. Watak Clark Kent yang menjadi Superman ialah wartawan akhbar. Menurut ABS-CBN, Chavez bekerja sebagai jurulatih ratu cantik.

Dalam laman Facebooknya, Chavez juga berkata dia melakukan kerja kebajikan dan muncul dalam televisyen beberapa kali.

Kisah Chavez mendorong pelbagai kritikan pada laman Facebooknya. Seorang pengunjung menulis dia kelihatan seperti patung pakaian.

Yang lain berkata, Chavez tidak kelihatan langsung seperti Christopher Reeve, pelakon yang memainkan watak Superman pada 1980-an atau Brandon Routh, yang mengambil alih peranan itu pada 2006.- AFP -myMetro-

Gigit telinga suami tua


CEDERA...Chong menunjukkan telinga Chin yang luka digigit isterinya.
KUALA LUMPUR: Hanya kerana enggan bermesra di ranjang, seorang pemandu teksi cedera di telinga kiri akibat digigit selain diugut akan dipotong alat kelamin oleh isterinya dalam kejadian, 3 Oktober lalu.
Lebih mengejutkan, mangsa dikenali sebagai Chin Weng Seng, 61, turut disembur racun serangga dan minyak gamat di bahagian mata oleh pasangannya itu.

Menurut Weng Seng, isterinya yang dikenali sebagai Le Thi Quang, 29, warga Vietnam turut mengancam mengatakan dirinya menghidap HIV positif dan akan menyebarkan virus berkenaan kepadanya.

“Pada malam kejadian, saya mengajak isteri bermesra sebelum dia menggigit telinga kerana enggan melayani kehendak saya.

“Setelah menggigit telinga kiri saya hingga berdarah, dia mengamuk sambil mengugut mahu memotong alat kelamin saya dengan menggunakan gunting sambil menjerit menyatakan dia menghidap HIV positif.

“Keesokannya, saya mendapati Thi Quang melarikan diri dari rumah dan segala barangan peribadinya dibawa bersamanya,” katanya ketika ditemui di Wisma MCA, di sini, semalam.


Menurutnya, sepanjang tiga bulan mereka berkahwin, wanita terbabit enggan membenarkan dia memasuki rumah selepas pulang dari kerja sehingga terpaksa bermalam di dalam teksi saja.

Difahamkan, mangsa berkahwin dengan isterinya yang juga warga Vietnam itu melalui agensi cari jodoh yang mengenakan bayaran sebanyak RM18,000.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya menerima lima kes aduan berkaitan masalah perkahwinan membabitkan wanita warga asing sejak tahun lalu.

“Kes kali ini mungkin yang paling teruk setakat ini apabila mangsa cedera selain menerima ugutan daripada wanita berkenaan.

“Bulan lalu, kami turut menerima aduan seorang lelaki berusia 31 tahun yang mengahwini wanita warga Vietnam berusia 20-an juga melalui agensi cari jodoh dan menghadapi masalah serupa.

“Pihak kami akan menghubungi agensi berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan wanita terbabit,” katanya.-myMetro-

07 October 2011

Teksi antara lokasi paling digemari pasangan lakukan hubungan seks


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JAKARTA: Kajian terbaru dilakukan terhadap 500 responden menunjukkan, teksi menjadi antara tempat paling digemari sesuatu pasangan untuk mengadakan hubungan seks.
Hasil kajian New York Post mendapati, 46 peratus daripada responden mengakui pernah mengadakan hubungan seks dalam teksi, manakala sembilan peratus gemar di tandas awam.

Sebanyak 31 peratus lagi memilih kereta sebagai tempat memuaskan nafsu dan 18 peratus di taman awam.
Responden terdiri daripada 500 individu yang aktif dalam amalan seksual.

Seorang daripada responden itu mengakui, dia pergi ke tandas restoran untuk mengadakan hubungan seks dengan pasangannya.

Pasangan itu kemudian meninggalkan restoran itu sejurus kemudian tanpa memesan sebarang minuman.

Kajian sama menunjukkan, 43 peratus daripada responden mengadakan hubungan seks dengan lebih daripada seorang pada satu-satu masa. - JP -myMetro-